Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan
Teknologi yang relevan boleh memberikan
impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi
komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara
teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan
teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di
peringkat tempatan dan global. Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas
mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan, kita ikuti petikan
daripada satu persidangan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Dr. Martin Berlin, Pengurus Pengambilan,
McKinsey & Company (Malaysia), selaku pengerusi dalam persidangan
tersebut telah mendapatkan pandangan dan ide bernas daripada ahli panel
yang terdiri daripada Jason Lim, Pengarah, Kumpulan Perniagaan Internet,
Microsoft (Malaysia), Yohani Yusof, Pengurus Saluran e-Niaga Asia
Pasifik, Intel Electronics, John Wong, Rakan Kongsi dari General
Atlantic Partners, Baharum Salleh, Presiden, TM Multimedia, dan Ramesh
Subramaniam, dari McKinsey & Co (Singapura).
Sewaktu menjawab soalan pertama yang
diajukan dalam persidangan yang diadakan bersempena program Venture 2001
itu, John berpendapat bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai
bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham,
kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan.
Malah, katanya, teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam apa juga jenis perniagaan. Dan, banyak pembangunan teknologi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dibiayai oleh pemodal teroka.
Malah, katanya, teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam apa juga jenis perniagaan. Dan, banyak pembangunan teknologi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dibiayai oleh pemodal teroka.
Merujuk kepada kelebihan teknologi,
Jason turut memberikan pendapat yang selari. Katanya "Wujud angin
perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi,
syarikat perlu menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil,
mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi
dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan
teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila
wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya
sekarang, bagaimana teknologi boleh digunakan pakai untuk membantu
perniagaan menjadi lebih cekap."
Apabila beliau ditanya mengenai
kepentingan cantuman teknologi dalam perniagaan sepanjang masa, Jason
menegaskan bahawa wujud hubungan yang harmoni di antara teknologi dan
perniagaan, misalnya teknologi maklumat (IT) boleh membantu syarikat
agar lebih berjaya. Yohani juga mengakui perlunya hubungan ini, tetapi
menekankan peranan 'orang' sebagai salah satu elemen penting untuk
memastikan teknologi yang digunakan berfungsi. Jadi, tumpuan kepada
pengguna teknologi perlu menerusi pendidikan dan latihan agar mereka
memahami bagaimana teknologi mewujudkan hubungan harmoni untuk
pertumbuhan perniagaan.
Sementara itu John cuba membahagikan
teknologi kepada dua bahagian iaitu membina dan membinasakan. Katanya,
"teknologi membina dari segi penyediaan aplikasi, peningkatan
produktiviti, kecekapan, dan perkara lain yang baik, hasil penggunaan
teknologi. Manakala, bahagian yang merosakkan boleh dilihat dalam
beberapa aspek, contohnya apabila perniagaan menjadi terlalu produktif
dan kecekapan meningkat, maka berlaku kejatuhan harga produk. Ini
menyebabkan perniagaan berkenaan lebih sukar bersaing untuk mengekalkan
atau meningkatkan bahagian pasaran. Kesannya, ada perniagaan yang terus
lemah dan gagal."
Bagaimanapun, reliti kejayaan sesebuah
perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Menurut Ramesh,
syarikat perlu asas perniagaan yang baik dalam ekonomi baru kerana
model perniagaan yang baik dari segi kewangan akan berjaya. Teknologi
pada asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada
kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Contohnya,
model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan
yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk
digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu
tidak akan berjaya.
Penggunaan teknologi adalah kunci kejayaan e-biz
Sementara itu, Baharum cuba melihat
penggunaan teknologi dalam perniagaan dari perspektif berlainan. Satu
daripadanya, teknologi sebagai pemudah dan satu lagi teknologi sebagai
produk akhir. Contohnya mikroprosesor merupakan salah satu produk akhir
teknologi yang berjaya sejak berpuluh tahun yang lalu. Satu lagi
teknologi yang sering diperkatakan ialah Internet di mana kecanggihannya
cuba dibuktikan dalam beberapa perniagaan yang berteknologi seperti B2C
(perniagaan-ke-pelanggan), dan gerbang (portal) Web.
"Kita tidak patut lebih tertumpu kepada
teknologi, lalu mengabaikan model perniagaan yang patut menjadi
pertimbangan utama. Misalnya, terdapat banyak perniagaan yang tidak
menggunakan teknologi seperti pernigaaan restoren tetapi lebih
menekankan kepada 'sentuhan personal'. Manakala, teknologi pengering
beku menjadi pemudah dalam pengeluaran makanan seperti rendang atau
serunding. Soalnya, adakah produk akhir yang dijual adalah teknologi itu
sendiri atau dihasilkan menerusi penggunaan teknologi. Jadi, model
perniagaan perlu mengenali perbezaan ini yang melibatkan pengeluaran
khidmat atau produk akhir".
Menurut beliau lagi, teknologi sebagai
pemudah bergantung kepada segmen yang dimasuki. Misalnya, bagi
pengunjung restoren 'sentuhan personal' adalah lebih penting berbanding
menjual secara dalam talian.
Namun, jika perniagaan melibatkan pemasaran atau pengeluaran secara besar-besaran dengan jualan yang cukup baik (seperti rendang atau serunding), maka teknologi banyak memainkan peranan. Terutamanya, pengeluaran besar-besaran perlu mengabungkan teknologi makanan yang berkaitan untuk memastikan kesegaran makanan tersebut. Selain itu, tempahan dalam talian dan penjualan menerusi Web boleh dibuat.
Pengetahuan mengenai IT dan internet adalah kelebihan untuk CEO
Ketika menjawab pertanyaan yang sama
Yohani berkata, "perniagaan seperti restoren, pendidikan, latihan,
perdagangan atau apa sahaja bentuk perniagaan yang tidak menggunakan
teknologi berkemungkinan akan 'terjerat'. Apabila kita perhatikan di
sekeliling, peningkatan persaingan bukan sahaja berlaku di peringkat
tempatan tetapi juga di peringkat global. Jika, sesuatu tidak dilakukan, persaingan akan hadir dalam bentuk baru seperti penggunaan IT, Internet, SMS, dan komunikasi tanpa wayar untuk mengatasi pesaing mereka."
tempatan tetapi juga di peringkat global. Jika, sesuatu tidak dilakukan, persaingan akan hadir dalam bentuk baru seperti penggunaan IT, Internet, SMS, dan komunikasi tanpa wayar untuk mengatasi pesaing mereka."
Menurut beliau lagi, perniagaan yang
memilih untuk tidak menggunakan teknologi akan menjejaskan daya saing
sekaligus bahagian pasarannya. Jadi, pengusaha perlu memahami apakah
'alat' yang boleh digunakan untuk terus berdaya saing. Walaupun
perniagaan seperti restoren memang diakui mengutamakan makanan,
perkhidmatan dan persekitarannya, namun satu lagi aspek yang penting ialah penggunaan teknologi dalam pemasaran. Ini untuk memastikan kunjungan yang berterusan dan restoren tersebut boleh diketahui ramai.
perkhidmatan dan persekitarannya, namun satu lagi aspek yang penting ialah penggunaan teknologi dalam pemasaran. Ini untuk memastikan kunjungan yang berterusan dan restoren tersebut boleh diketahui ramai.
"Ada restoren yang menggunakan teknologi
SMS. Para pelanggan boleh memperolehi maklumat mengenai sesebuah
restoren semudah dihujung jari menerusi telefon bimbit dan bukannya
pergi dari sebuah kedai ke kedai yang lain. Ini merupakan salah satu
penggunaan teknologi dalam aspek pemasaran yang diguna pakai kebanyakan
restoren di seluruh dunia ketika ini, khasnya untuk bersaing dengan yang
lain. Ada banyak kreativiti dalam pemasaran. Tanpa mengira jenis
perniagaan, persaingan perlu diambil kira," kata Yohani.
e-biz bukan sahaja mengenai membeli-belah
Dalam perbincangan yang sama, ahli-ahli
panel turut diminta mengulas mengenai perkembangan teknologi untuk
tempoh 10 tahun yang akan datang. Dalam hal ini John berpendapat bahawa
pebangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Menurut
beliau, pemproses mikro merupakan satu contoh yang baik dari segi
kepantasan dan saiznya. Sejarah telah membuktikan, pengecilan saiz
pemproses mikro merupakan satu contoh teknologi yang baik, manakala
pembangunan teknologi dijangka terus meningkat.
"Teknologi juga boleh dikelaskan sebagai
teknologi dari rak. Ia merujuk kepada sesuatu yang boleh dibeli dan
diakses oleh setiap orang seperti PC dan notebook yang ada pada hari
ini. Banyak perniagaan hari ini membeli dan menggunakan teknologi dari
rak. Ada juga teknologi maju yang boleh membezakan sesebuah syarikat
dengan yang lain, dan untuk lebih berdaya saing. Penggunaan teknologi
maju perlukan pelaburan yang banyak. Manakala teknologi tanpa wayar
untuk aplikasi merupakan satu contoh bagi teknologi maju."
Selanjutnya John menjelaskan bahawa,
terdapat teknologi yang benar-benar termaju. Tetapi, tidak semua
syarikat akan menggunakan teknologi tersebut kerana ia tidak diperlukan
atau tidak mampu dimiliki pada hari ini. Contohnya, teknologi termaju
dalam industri biotek, di mana satu kajian yang sedang berjalan ketika
ini telah menemui gen yang berguna dalam pengubatan. Malah, dalam bidang
IT sendiri terdapat teknologi terbaru, namun tidak semua syarikat
menggunakannya kerana ia tidak diperlukan pada ketika ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar